
Nasi
Bahan:
Beras
bawang besar (mayang)
Buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang
air rebusan ayam
sedikit garam (sea salt)
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan majerin dalam periuk nasi
2. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang serta bawang hingga naik bau
3. Masukkan beras dan air rebusan ayam dan garam
4. Biarkan nasi hingga masak

Sup
Bahan:
air rebusan ayam
sup bunjut
halia (ketuk)
daun sup
garam
Cara:
1. Masukkan sup bunjut, halia ke dalam air rebusan ayam tadi...biar mendidih seketika
2. Masukkan garam
3. Tutup api dan masukkan daun sup.

Ayam
Bahan:
1/2 ekor ayam
sos tiram
kicap manis
madu (optional)
garam
minyak untuk goreng
Cara:
1. Perap ayam yang telah direbus tadi dengan sos tiram, kicap, garam dan sedikit madu
2. Goreng ayam itu seketika. Tak perlu lama kerana isinya mmg sudah masak

Kicap
Sos daripada perencah yang kita perap ayam tadi. Cuma ditambah dengan sedikit air rebusan ayam tadi. Kalau nak makan curah di atas ayam yang telah siap di goreng tadi.
No comments:
Post a Comment