Salin @ copy jer apa saja resepi kat sini kerana ia bukanlah hak cipta terpelihara. Kalau tak sedap, jangan marah ya...hiii. Tuan empunya blog bukanlah terror masak pun...sekadar suka2 dan happy bila tengok hasil masakan walaupun sgt simple....Okay enjoy with my and ur cooking...

Wednesday, August 12, 2009

My Green Juice

Align Center
Demi kesihatan...sesuatu yg kita tidak gemar sekali pun perlu kerana penyakit itu satu anugerah dan ikhtiar itu adalah satu kewajipan.

Jom try

Bahan:
Brokoli
Saleri
epal hijau
air bertapis

Cara:
Mudah...blend semua bhn di atas. Dan tapis hampasnya.
Siap untuk di minum....no added sugar ok.

Lima perkara yg kita perlu hindar sebagai pesakit kanser @ sesiapa sahaja

1. susu/ produk yang berasaskan susu
2. minyak
3. garam (kalau nak guna, guna sea salt)
4. Gula putih dan seangkatan dgnnya
5. Daging merah

Friday, August 7, 2009

Nasi ayam sihat (versi karnai- ala ira)



Nasi
Bahan:
Beras
bawang besar (mayang)
Buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang
air rebusan ayam
sedikit garam (sea salt)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan majerin dalam periuk nasi
2. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang serta bawang hingga naik bau
3. Masukkan beras dan air rebusan ayam dan garam
4. Biarkan nasi hingga masak

Sup

Bahan:
air rebusan ayam
sup bunjut
halia (ketuk)
daun sup
garam

Cara:
1. Masukkan sup bunjut, halia ke dalam air rebusan ayam tadi...biar mendidih seketika
2. Masukkan garam
3. Tutup api dan masukkan daun sup.


Ayam

Bahan:
1/2 ekor ayam
sos tiram
kicap manis
madu (optional)
garam
minyak untuk goreng

Cara:
1. Perap ayam yang telah direbus tadi dengan sos tiram, kicap, garam dan sedikit madu
2. Goreng ayam itu seketika. Tak perlu lama kerana isinya mmg sudah masak


Kicap

Sos daripada perencah yang kita perap ayam tadi. Cuma ditambah dengan sedikit air rebusan ayam tadi. Kalau nak makan curah di atas ayam yang telah siap di goreng tadi.


Sambal

Bahan:
5 biji cili merah besar
cili padi (optional) kalau suka pedas la
3 ulas bawang putih
sedikit sos tomato
air rebusan ayam

Cara:
1. Blend semua bahan tadi...siap


Ulam nasi ayam

Biasa org guna salad timun dan tomato. Tapi, kami suka makan nasi ayam dengan lobak merah segar, daun sup, daun bawang dan timun batang...tomato pun best gak tapi tak de stok.
Ini jer kelainannya....kalau ada lobak putih boleh juga.....sihat

Selamat mencuba