Salin @ copy jer apa saja resepi kat sini kerana ia bukanlah hak cipta terpelihara. Kalau tak sedap, jangan marah ya...hiii. Tuan empunya blog bukanlah terror masak pun...sekadar suka2 dan happy bila tengok hasil masakan walaupun sgt simple....Okay enjoy with my and ur cooking...

Wednesday, September 2, 2009

Siakap stim- menu ramadhan

Bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 labu bawang putih- ketuk jer (bagus utk antibodi menentang H1N1)
Halia (hiris)
Sedikit lengkuas (hiris)
2 batang serai (hiris)
6 biji asam boi (rendam dulu seketika sblm guna)
1 biji limau nipis (perah ambil jusnya)
cili padi/cili besar - hiris (ikut suka la nak pedas tahap mana)
sedikit lada putih
garam bukit (utk kesihatan)
air (tgk besar mana ikan)
Daun ketumbar
Daun bawang
(dan boleh nak letak sayur macam jagung muda, carrot, saleri @ kubis bunga sahaja- sayur lain tak sesuai ok)
Cara-cara
1. Perap ikan dengan jus limau, lada putih dan garam (biar seketika)
2. Panaskan air dalam kuali besar ya serta masukkan bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili dan biar ianya mendidih
3. Masukkan asam boi dan ikan yang diperap tadi...tutup dgn tudung kuali dan biar ikan betul2 masak dan mendidih.
4. Agak2 ikan dah masak, baru masukkan sayur kegemaran anda yg tersenarai kat atas, garam sikit lagi dan biarkan sayur tu layu sikit.
5. Tutup api..taburlah daun ketumbar dan daun bawang.
6. Siap untuk di makan panas2. Kalau sejuk tak best ikan stim nie.
Selamat mencuba..

Wednesday, August 12, 2009

My Green Juice

Align Center
Demi kesihatan...sesuatu yg kita tidak gemar sekali pun perlu kerana penyakit itu satu anugerah dan ikhtiar itu adalah satu kewajipan.

Jom try

Bahan:
Brokoli
Saleri
epal hijau
air bertapis

Cara:
Mudah...blend semua bhn di atas. Dan tapis hampasnya.
Siap untuk di minum....no added sugar ok.

Lima perkara yg kita perlu hindar sebagai pesakit kanser @ sesiapa sahaja

1. susu/ produk yang berasaskan susu
2. minyak
3. garam (kalau nak guna, guna sea salt)
4. Gula putih dan seangkatan dgnnya
5. Daging merah

Friday, August 7, 2009

Nasi ayam sihat (versi karnai- ala ira)



Nasi
Bahan:
Beras
bawang besar (mayang)
Buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang
air rebusan ayam
sedikit garam (sea salt)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan majerin dalam periuk nasi
2. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang serta bawang hingga naik bau
3. Masukkan beras dan air rebusan ayam dan garam
4. Biarkan nasi hingga masak

Sup

Bahan:
air rebusan ayam
sup bunjut
halia (ketuk)
daun sup
garam

Cara:
1. Masukkan sup bunjut, halia ke dalam air rebusan ayam tadi...biar mendidih seketika
2. Masukkan garam
3. Tutup api dan masukkan daun sup.


Ayam

Bahan:
1/2 ekor ayam
sos tiram
kicap manis
madu (optional)
garam
minyak untuk goreng

Cara:
1. Perap ayam yang telah direbus tadi dengan sos tiram, kicap, garam dan sedikit madu
2. Goreng ayam itu seketika. Tak perlu lama kerana isinya mmg sudah masak


Kicap

Sos daripada perencah yang kita perap ayam tadi. Cuma ditambah dengan sedikit air rebusan ayam tadi. Kalau nak makan curah di atas ayam yang telah siap di goreng tadi.


Sambal

Bahan:
5 biji cili merah besar
cili padi (optional) kalau suka pedas la
3 ulas bawang putih
sedikit sos tomato
air rebusan ayam

Cara:
1. Blend semua bahan tadi...siap


Ulam nasi ayam

Biasa org guna salad timun dan tomato. Tapi, kami suka makan nasi ayam dengan lobak merah segar, daun sup, daun bawang dan timun batang...tomato pun best gak tapi tak de stok.
Ini jer kelainannya....kalau ada lobak putih boleh juga.....sihat

Selamat mencuba

Thursday, July 2, 2009

Menu today...no resepi

Hari nie...hari off makan ayam/ikan...sayur2 saja. Disebabkan semalam rasa selera sgt makan telur goreng mungga..repeat again today. Add on cendawan tiram goreng dgn paprika, dan carrot parut dan secawan nasi.....not bad la...sedap juga.

Niat di hati nak lebihkan makan sayur dan buah. Off terus any seafood. Bykkan protien dari ikan dan ayam saja. Boleh ke? Harap2 cita2 utk memerangi sel kanser success...amin.

Wednesday, July 1, 2009

Simple dishes



Telur Goreng Daun Mungga/Turi

Bahan:

Daun Mungga (Daun Turi kot), telur, garam, bawang besar putih (hiris), cili merah

Cara:

1. Tumis bwg besar dengan sedikit minyak masak

2. Telur tu buh garam dan masukkan dalam kuali bersama bwg tadi. Kacau dan masukkan daun mungga...kacau lagi dan masukkan cili....siap dihidang dengan nasi panas.

Tofu goreng sos tiram

Bahan:

Tofu (goreng dulu), bawang putih (tumbuk), sos tiram, garam, gula merah, sedikit air

Cara:

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan sos tiram (sikit jer), garam, gula merah, air dan tofu yang telah digoreng (biarkan dulu)

2. Utk hiasan tabur cili merah yang dihiris halus dan daun bawang. Siap

P/S: Dr hasanah....Ira dah cuba daun Mungga after Dr call petang tadi...tq, best sangat