Salin @ copy jer apa saja resepi kat sini kerana ia bukanlah hak cipta terpelihara. Kalau tak sedap, jangan marah ya...hiii. Tuan empunya blog bukanlah terror masak pun...sekadar suka2 dan happy bila tengok hasil masakan walaupun sgt simple....Okay enjoy with my and ur cooking...

Monday, May 18, 2009

Ikan Kerapu Tiga Rasa vs Puding Lapis Caremel ala Umi

IKAN KERAPU TIGA RASA
Bahan:
Ikan kerapu/siakap/kembung (Ira guna kerapu)-
perap ikan dgn garam, sedikit halia, bwg putih (tumbuk) dan tepung jagung seketika
dan goreng dgn minyak yg byk
Lebih sedap kalau ikan nie betul2 garing
Bahan A
Bahan kat bwh nie agak2 jer ya byk mana
lobak merah (potong dadu)
Bawang besar putih (potong dadu)
Capsicum hijau & merah (potong dadu)
Cili padi (Hiris)
Timun batang (potong dadu)- biji dia jgn ambik
Tomato (potong dadu)
Bahan B
Untuk tumis
Bawang besar putih (cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
cili giling/cili boh
Bahan C
Sos tomato
sos tiram
sos cili
garam dan gula
Cara:
1. Goreng ikan yg diperap sehingga garing dan ketepikan/ letak dalam pinggan yg hendak di hidang
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan B hingga betul2 masak
3. Masukkan bahan C....kacau seketika
4. Masukkan Bahan A, masukkan sedikit air (agak2 ya) dan biarkan seketika agar sayur2 tersebut 1/2 masak
5. Tutup api, tuangkan masakan tadi ke atas ikan tadi.
6. Makan dgn nasi panas2. Best.

Puding Caremal nie Ira ambil dari Blog UMMI...so nak resepi klik di link yg bewarna merah ya. Lapisan pertama tu tak berapa menjadi sebab Ira tersilap letak cepat sgt lapisannya. Nak tgk yg cantik lagi kat blog Ummi ya.

Friday, May 15, 2009

Kari Ikan tanpa santan vs Ikan Tongkol Masak sambal

KARI IKAN TANPA SANTAN
Bahan: (agak-agak ya)
Untuk menumis
Rempah kari ikan baba's (campur dgn sedikit air)- Rempah lain tak best utk kari tanpa santan
Daun kari
Halba campur
bawang merah (hiris)
bawang putih (hiris)
halia (hiris)
bahan lain
Ikan (suka hati la nak guna ikan apa)
air
tomato
bawang besar putih (hiris bulat)
garam/perasa
Cara:
1. Tumis bahan hiris beserta halba campur dan daun kari hingga naik bau
2. Masukkan rempah...goreng sampai rempah betul2 masak.
3. Bila rempah dah masak, masukkan air, ikan dan biarkan mendidih.
4. Last, masukkan tomato, bawang besar, garam, perasa
5. Siap utk dihidang.
IKAN MASAK SAMBAL
Bahan:
Ikan tongkol/ Aya (bubuh garam jer dan goreng)
2 biji bwg merah saiz sederhana besar (hiris)
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bwg putih
*cili kering
*sedikit halia
Bahan bertanda * (blender)
Gula melaka
garam/perasa
air asam jawa

Cara:
1. Goreng ikan dlm minyak berasingan (jgn garing sgt)
2. Tumis bawang merah hiris seketika, lepas tu masukkan bhn yang diblender dan gula melaka. Goreng biar betul2 masak dan garing.
2. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika
3. Masukkan garam/perasa. Kacau
4. Tutup api dan tuang kat atas ikan yg digoreng tadi.
5. Siap utk dimakan.

Monday, May 4, 2009

Meleleh air liur..

Sungguh menyelerakan...masakan kampung ala kelantan.

Saturday, May 2, 2009

Makan lagi

Kali nie bukan nak post resepi. Tapi Mee Bandung yang kami makan semalam. Nie Mee Bandung KB Mall (Rm4.80 sepinggan). Nampak sedap. Tak pedas langsung. Kuahnya pekat dan tak terasa pun bhn perisa. Boothnya pun bersih dan tukang masaknya tersenyum jer. Kita nampak dia masak...dia amat jujur dgn masakannya. Tempat mcm gitulah boleh beli. Tapi, Ira just rasa sikit kongsi ngan suami.
Ini gambar lama. Tapi rasa nak post pulak. Sebab nampak berselera. Pulut Mangga. Sedap rasa lemak manisnya. Pulut Mangga nie asalnya dari Thailand. Tapi, ini makan kat KL, Suraya Seafood, Kampung Baru. Actually, org yg buat pulut mangga nie mirip mak mertua Ira..hiii. Patut sedap.

Friday, May 1, 2009

Khasiat Brokoli dan Cendawan Shitake

Tahukah Anda bahwa kandungan vitamin C pada brokoli jumlahnya lebih banyak daripada jeruk? Kandungan kalsium brokoli juga lebih besar dibandingkan segelas susu, dan brokoli juga diketahui mengandung lebih banyak serat daripada sepotong roti gandum! Cara mengkonsumsinya pun sangat mudah, boleh dimakan mentah, ditumis, dicampur sebagai salah satu bahan sup atau dikukus.
Menetralkan zat penyebab kanser, zat antioksidan pada brokoli dapat membantu tubuh menghilangkan atau menetralkan karsinogen(zat penyebab kanser). Diketahui juga bahawa zat beta karotena di dalam brokoli mampu mencegah kanser usus besar dan payudara.

Mengikut kajian, shitake didapati mengandungi beta glucan 1-3, polisakarid, zat besi, niacin, vitamin B1 dan B2 yang amat baik utk tubuh. Malah, mengikut beberapa kajian yang dijalankan shitake boleh menghalang pertumbuhan sel kanser dengan cara menggalakkan pengeluaran sel T dan sel pembunuh (natural killer cells) di dalam tubuh mereka yang menghidap kanser. (MW:42)

Anda boleh merebus atau kacau goreng jer brokoli dgn shitake nie. Masukkan rempah ratus spt paprika pun best.