Salin @ copy jer apa saja resepi kat sini kerana ia bukanlah hak cipta terpelihara. Kalau tak sedap, jangan marah ya...hiii. Tuan empunya blog bukanlah terror masak pun...sekadar suka2 dan happy bila tengok hasil masakan walaupun sgt simple....Okay enjoy with my and ur cooking...

Monday, May 18, 2009

Ikan Kerapu Tiga Rasa vs Puding Lapis Caremel ala Umi

IKAN KERAPU TIGA RASA
Bahan:
Ikan kerapu/siakap/kembung (Ira guna kerapu)-
perap ikan dgn garam, sedikit halia, bwg putih (tumbuk) dan tepung jagung seketika
dan goreng dgn minyak yg byk
Lebih sedap kalau ikan nie betul2 garing
Bahan A
Bahan kat bwh nie agak2 jer ya byk mana
lobak merah (potong dadu)
Bawang besar putih (potong dadu)
Capsicum hijau & merah (potong dadu)
Cili padi (Hiris)
Timun batang (potong dadu)- biji dia jgn ambik
Tomato (potong dadu)
Bahan B
Untuk tumis
Bawang besar putih (cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
cili giling/cili boh
Bahan C
Sos tomato
sos tiram
sos cili
garam dan gula
Cara:
1. Goreng ikan yg diperap sehingga garing dan ketepikan/ letak dalam pinggan yg hendak di hidang
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan B hingga betul2 masak
3. Masukkan bahan C....kacau seketika
4. Masukkan Bahan A, masukkan sedikit air (agak2 ya) dan biarkan seketika agar sayur2 tersebut 1/2 masak
5. Tutup api, tuangkan masakan tadi ke atas ikan tadi.
6. Makan dgn nasi panas2. Best.

Puding Caremal nie Ira ambil dari Blog UMMI...so nak resepi klik di link yg bewarna merah ya. Lapisan pertama tu tak berapa menjadi sebab Ira tersilap letak cepat sgt lapisannya. Nak tgk yg cantik lagi kat blog Ummi ya.

No comments:

Post a Comment