Salin @ copy jer apa saja resepi kat sini kerana ia bukanlah hak cipta terpelihara. Kalau tak sedap, jangan marah ya...hiii. Tuan empunya blog bukanlah terror masak pun...sekadar suka2 dan happy bila tengok hasil masakan walaupun sgt simple....Okay enjoy with my and ur cooking...

Friday, May 15, 2009

Kari Ikan tanpa santan vs Ikan Tongkol Masak sambal

KARI IKAN TANPA SANTAN
Bahan: (agak-agak ya)
Untuk menumis
Rempah kari ikan baba's (campur dgn sedikit air)- Rempah lain tak best utk kari tanpa santan
Daun kari
Halba campur
bawang merah (hiris)
bawang putih (hiris)
halia (hiris)
bahan lain
Ikan (suka hati la nak guna ikan apa)
air
tomato
bawang besar putih (hiris bulat)
garam/perasa
Cara:
1. Tumis bahan hiris beserta halba campur dan daun kari hingga naik bau
2. Masukkan rempah...goreng sampai rempah betul2 masak.
3. Bila rempah dah masak, masukkan air, ikan dan biarkan mendidih.
4. Last, masukkan tomato, bawang besar, garam, perasa
5. Siap utk dihidang.
IKAN MASAK SAMBAL
Bahan:
Ikan tongkol/ Aya (bubuh garam jer dan goreng)
2 biji bwg merah saiz sederhana besar (hiris)
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bwg putih
*cili kering
*sedikit halia
Bahan bertanda * (blender)
Gula melaka
garam/perasa
air asam jawa

Cara:
1. Goreng ikan dlm minyak berasingan (jgn garing sgt)
2. Tumis bawang merah hiris seketika, lepas tu masukkan bhn yang diblender dan gula melaka. Goreng biar betul2 masak dan garing.
2. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika
3. Masukkan garam/perasa. Kacau
4. Tutup api dan tuang kat atas ikan yg digoreng tadi.
5. Siap utk dimakan.

No comments:

Post a Comment