Salin @ copy jer apa saja resepi kat sini kerana ia bukanlah hak cipta terpelihara. Kalau tak sedap, jangan marah ya...hiii. Tuan empunya blog bukanlah terror masak pun...sekadar suka2 dan happy bila tengok hasil masakan walaupun sgt simple....Okay enjoy with my and ur cooking...

Wednesday, September 2, 2009

Siakap stim- menu ramadhan

Bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 labu bawang putih- ketuk jer (bagus utk antibodi menentang H1N1)
Halia (hiris)
Sedikit lengkuas (hiris)
2 batang serai (hiris)
6 biji asam boi (rendam dulu seketika sblm guna)
1 biji limau nipis (perah ambil jusnya)
cili padi/cili besar - hiris (ikut suka la nak pedas tahap mana)
sedikit lada putih
garam bukit (utk kesihatan)
air (tgk besar mana ikan)
Daun ketumbar
Daun bawang
(dan boleh nak letak sayur macam jagung muda, carrot, saleri @ kubis bunga sahaja- sayur lain tak sesuai ok)
Cara-cara
1. Perap ikan dengan jus limau, lada putih dan garam (biar seketika)
2. Panaskan air dalam kuali besar ya serta masukkan bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili dan biar ianya mendidih
3. Masukkan asam boi dan ikan yang diperap tadi...tutup dgn tudung kuali dan biar ikan betul2 masak dan mendidih.
4. Agak2 ikan dah masak, baru masukkan sayur kegemaran anda yg tersenarai kat atas, garam sikit lagi dan biarkan sayur tu layu sikit.
5. Tutup api..taburlah daun ketumbar dan daun bawang.
6. Siap untuk di makan panas2. Kalau sejuk tak best ikan stim nie.
Selamat mencuba..

1 comment:

  1. wow........... hari tu hubby ain beli siakap. ain dgr dia suhmasak sweet sour.. tapi bila ain dah goreng ikan tu.. dia kata dia sebenarnya nak suruh ain masak stim ni.. adoi.. sabo jelaaa sebab dah goreng kan mana boleh nak stim pulak...

    ReplyDelete