Salin @ copy jer apa saja resepi kat sini kerana ia bukanlah hak cipta terpelihara. Kalau tak sedap, jangan marah ya...hiii. Tuan empunya blog bukanlah terror masak pun...sekadar suka2 dan happy bila tengok hasil masakan walaupun sgt simple....Okay enjoy with my and ur cooking...

Thursday, June 11, 2009

Menu malam nie..


Mee Goreng basah....biasa2 jer nie...tumis bwg putih dan cili giling, letak jer lauk kesukaan, sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap manis, sedikit garam, kicap cair, sayur (Ira letak baby kailan yang kami beli kat cameron) Manis rasa sayur tu. Gaul jer semua..so, hasilnya spt kat atas.
Tembikai.....yang nie mmg tak mampu nak bagi resepi. Ciptaan Allah yg tak mampu manusia hasilkan....potong jer..terus boleh makan...tak yah masak.

Wednesday, June 10, 2009

Simple...


Sup Ikan Siakap


Ayam goreng kasturi

Simple jer semua nie...sup ikan tu, ira guna ikan siakap. Masukkan jer apa yang ada kat peti ais tu....Ayam goreng kasturi nie pun biasa jer...Ira tumbuk kunyit, halia (byk ler sikit), bawang putih (4 ulas @ lebih), garam....gaul ayam tu dgn bahan tadi dan perahkan limau kasturi atas ayam...perap seketika. Barulah di goreng @ bakar pun boleh gak.....

Tuesday, June 9, 2009

Today

Masak Lemak Putih ubi keledek, jagung muda dan timun jepun



Cendawan Tiram Organic Goreng Kunyit




Ikan Keli masak sambal goreng

Nak resepi ke...alah masakan mudah jer nie..semua org tahu buat.

Monday, May 18, 2009

Ikan Kerapu Tiga Rasa vs Puding Lapis Caremel ala Umi

IKAN KERAPU TIGA RASA
Bahan:
Ikan kerapu/siakap/kembung (Ira guna kerapu)-
perap ikan dgn garam, sedikit halia, bwg putih (tumbuk) dan tepung jagung seketika
dan goreng dgn minyak yg byk
Lebih sedap kalau ikan nie betul2 garing
Bahan A
Bahan kat bwh nie agak2 jer ya byk mana
lobak merah (potong dadu)
Bawang besar putih (potong dadu)
Capsicum hijau & merah (potong dadu)
Cili padi (Hiris)
Timun batang (potong dadu)- biji dia jgn ambik
Tomato (potong dadu)
Bahan B
Untuk tumis
Bawang besar putih (cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
cili giling/cili boh
Bahan C
Sos tomato
sos tiram
sos cili
garam dan gula
Cara:
1. Goreng ikan yg diperap sehingga garing dan ketepikan/ letak dalam pinggan yg hendak di hidang
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan B hingga betul2 masak
3. Masukkan bahan C....kacau seketika
4. Masukkan Bahan A, masukkan sedikit air (agak2 ya) dan biarkan seketika agar sayur2 tersebut 1/2 masak
5. Tutup api, tuangkan masakan tadi ke atas ikan tadi.
6. Makan dgn nasi panas2. Best.

Puding Caremal nie Ira ambil dari Blog UMMI...so nak resepi klik di link yg bewarna merah ya. Lapisan pertama tu tak berapa menjadi sebab Ira tersilap letak cepat sgt lapisannya. Nak tgk yg cantik lagi kat blog Ummi ya.

Friday, May 15, 2009

Kari Ikan tanpa santan vs Ikan Tongkol Masak sambal

KARI IKAN TANPA SANTAN
Bahan: (agak-agak ya)
Untuk menumis
Rempah kari ikan baba's (campur dgn sedikit air)- Rempah lain tak best utk kari tanpa santan
Daun kari
Halba campur
bawang merah (hiris)
bawang putih (hiris)
halia (hiris)
bahan lain
Ikan (suka hati la nak guna ikan apa)
air
tomato
bawang besar putih (hiris bulat)
garam/perasa
Cara:
1. Tumis bahan hiris beserta halba campur dan daun kari hingga naik bau
2. Masukkan rempah...goreng sampai rempah betul2 masak.
3. Bila rempah dah masak, masukkan air, ikan dan biarkan mendidih.
4. Last, masukkan tomato, bawang besar, garam, perasa
5. Siap utk dihidang.
IKAN MASAK SAMBAL
Bahan:
Ikan tongkol/ Aya (bubuh garam jer dan goreng)
2 biji bwg merah saiz sederhana besar (hiris)
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bwg putih
*cili kering
*sedikit halia
Bahan bertanda * (blender)
Gula melaka
garam/perasa
air asam jawa

Cara:
1. Goreng ikan dlm minyak berasingan (jgn garing sgt)
2. Tumis bawang merah hiris seketika, lepas tu masukkan bhn yang diblender dan gula melaka. Goreng biar betul2 masak dan garing.
2. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika
3. Masukkan garam/perasa. Kacau
4. Tutup api dan tuang kat atas ikan yg digoreng tadi.
5. Siap utk dimakan.