Salin @ copy jer apa saja resepi kat sini kerana ia bukanlah hak cipta terpelihara. Kalau tak sedap, jangan marah ya...hiii. Tuan empunya blog bukanlah terror masak pun...sekadar suka2 dan happy bila tengok hasil masakan walaupun sgt simple....Okay enjoy with my and ur cooking...

Wednesday, April 29, 2009

Nasi goreng ala ira

Bahan:
nasi putih
kailan
1 biji bawang merah kecil, (hiris)
1 ulas bawang putih (ketuk)
2 biji cili padi (ketuk)
garam
olive oil
Cara:
1. Panaskan olive oil. Tumis bawang putih, cili padi dan bawang merah hingga sedikit garing
2. Masukkan nasi putih, sayur kailan dan garam.
3. Gaul hingga betul2 sebati. Angkat dan hidangkan dgn telur goreng dan ikan bilis goreng.
Ira: Menu malam nie..sebab tak selera nak makan nasi biasa. Kalau tak makan nasi tak boleh tido la. Perut berkriunggg..kriung.

Monday, April 27, 2009

Sayur vs Udang

Bak Choy Bersos Tiram
Bahan:
Seikat bak choy
4-5 sudu besar sos tiram
2 biji bawang putih (cincang)
sedikit air
perisa (kalau nak guna)
garam secubit
sedikit olive oil
Cara:
1. Celur Bak choy...pas tu tos dan susun cantik2 dalam pinggan
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih..hingga sedikit garing.
3. Masukkan sos tiram...kacau
4. Masukkan sedikit air, garam secubit (jangan byk nanti masin), perisa (kalau suka guna). Biarkan mendidih seketika.
5. Tutup api, dan curahkan masakan tadi atas bak choy yang siap di tos dan disusun dlm pinggan tadi
(Bak choy boleh diganti dgn baby kailan- sedap di makan dengan nasi bubur @ nasi biasa. Sayur nie selalu order kalau makan nasi bubur di Suraya Seafood, kampung Baru, Kuala Lumpur...best!!!!)
Ini biasalah udang galah goreng
Bahan:
Udang galah/udang biasa pun blh (saiz ikut suka)- kat atas tu saiz S jer
3 cm kunyit hidup (kalau letak lebih lagi sedap)
2 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kunyit debu
Garam (agak2 ikut berapa banyak udang)
Minyak utk goreng
1 labu bawang besar putih (hiris bulat)
Lada hijau siam (warna light green) - hiris
Cara:
1. Tumbuk lumat semua bahan di atas
2. Gaul semua bhn kat atas. Biarkan lebih kurang 15 minit
3. Panaskan minyak, goreng. Kalau Ira sedap garing.
4. Dekat nak masak, masukkan bawang besar dan lada.
5. Angkat dan hidangkan


Saturday, April 18, 2009

kuih lapis

Resepi tak dpt nak entry...tak larat. Makanan bila perut tak dt terima makanan. Mama, Ira yang buat.

Monday, April 13, 2009

Makan lagi

Laksam...home made. Ini bukan Ira yang buat...tapi mama Ira yang buat. Ira tak pandai nak buat laksamnya...kuah tu boleh la...
Kacang buncis + carrot + cauliflower, Ira goreng...biasa2 jer tumis bwg putih dgn olive oil dan add on paprika dan garam bukit jer. Siap. Sayur goreng campak2 jer

Pizza nie pun home made. Rotinya ira beli yang dah siap kat Tesco. Top nya, kuah spagethi yang lebih2 makan spagethi, keju mozarella, capsicum, bawang besar putih. Lepas tu, masak dlm microwave oven dlm 5 minit. Yummy...

Sunday, April 12, 2009

Sup Ikan Haruan

Bahan:
2 ekor ikan haruan (sederhana besar)
1 batang Kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 ulas bawang putih (ketuk)
4 cm halia (ketuk)
1 batang serai (titik)
1/2 biji bawang besar putih (hiris)
Cili padi merah / hijau ( kalau nak pedas ketuk)
Daun sup
daun bawang
300 ml air
garam secukupnya
sedikit olive oil
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit olive oil, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, bawang putih dan halia sebentar.
2. Masukkan air, biarkan mendidih
3. Selepas itu, masukkan ikan haruan yang telah dibersihkan dan serai, tunggu hingga mendidih/ikan betul2 masak.
4. Masaukkan cili padi (ketuk), bawang besar , garam (biar sebentar)
5. Akhir sekali, tutup api dan masukkan daun sup dan daun bawang.
6. Siap untuk dihidang bersama nasi
Ira: Menu ini sesuai untuk orang lepas bersalin @ selepas pembedahan....

Friday, April 10, 2009

Haruan dan Keli goreng

Haruan yang siap di goreng....tapi bila makan haruan dan keli..rasa best keli pulak..
Sebelum di goreng

Nenas manis....makan sepotong sebelum minum (bullet drink) Aprikot Seed Vs Green Apple

Thursday, April 9, 2009

Ikan kembong kukus berempah


Bahan:
Bawang merah
Bawang Putih
Kunyit
Halia
Serai
Belacan (optional)
(Bahan2 kat atas spt perencah serbaguna dalam mommy's cooking)
Ikan kembong/ikan selar/ikan tenggiri
lengkuas (jgn byk sangat)
cili boh/cili giling
garam secukup rasa
(Ira: Bahan2 kat atas agak2 la ya)
Daun pisang/aluminium foil
Cara2:
1. Kisar semua bahan kecuali ikan ye....Tapi, kalau u all nak tumbuk boleh gak, tapi berpeluh la.....hiii
2. Bersihkan ikan, masukkan ke dalam daun pisang/aluminium foil
3. Masukkan semua bahan di kisar ke atas ikan. Macam kita buh garam ikan. Tapi, buh banyak sikit sebab nanti bila kita nak makan bahan kisar tu boleh jadi macam sambal cicah ngan ikan.
4. Lepas tu, bungkus cantik-cantik...macam bungkus nasi lemak.
5. Kukus ikan tu sampai masak. Lebih kurang 1/2 jam.
6. Siap untuk dimakan bersama nasi...sedap
Ira: Kat bawah nie ada satu resepi yang Ira snap kat surat khabar semalam. Resepinya agak tidak logik...terutama bawang merah, serai, serbuk ketumbar dan udang kering sedangkan ikan kembung yang digunakan hanya 1 kg. Ikan kembung kalau 1kg, kalau saiz besar berapa ekor je...Nak kongsi resepi bagus tapi macam tak ikhlas jer...hiiii

Wednesday, April 8, 2009

Makan lagi

Today- Sup Ayam Sihat

Budu- Penyedap rasa

Pecah Beling dan Epal Hijau (Blend)

Singgang ikan kembong (Menu Malam tadi)

Ira: Tak yah la publish resepinya coz semua org tahu...malah lebih expert dari Ira

Tuesday, April 7, 2009

Brokoli Vs Radish + Bullet Drink

Hari nie just rebus Brokoli dan lobak putih...Malas nak masak. Untuk perisanya just drop paprika dan pasley flakes
Ini pula jus apple hijau dengan aprikot seed tanpa gula (bullet drink) untuk cancer patient. Betapa tidak sedapnya benda alah ini. Pahit...tapi, itulah ubat sebenarnya...

Monday, April 6, 2009


Bahan
3-4 ekor ikan selar sedang besar
1-2 batang serai (titik)
halia sebesar ibu jari ( hiris sikit, yg lebih titik)
2 btg lada hijau(potong serong)
1 btg lada merah serong juga
1 buku bawang besar ( hiris bulat ....suka hati..)
2 ulas bawang kecik (hiris)
2 ulas bwg putih(hiris)
1/2 " kunyit hidup(hiris)- kunyit tkde ganti kunyit serbuk je
3 keping asam keping
Garam, sikit je gula, minyak utk tumis
Daun limau purut 2 keping
Air agak 3 cawan

Cara Membuatnya
1.Tumis bahan-bahan hiris sampai wangi.
2.Kemudian tabur kunyit serbuk, tuang air.
3.Masuk ikan dan asam keping.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5.Masak sampai mata ikan jadi putih.
Sumber: Kamisah

Sunday, April 5, 2009

Tom Yam

Bahan:
Brokoli
Kubis bunga
Lobak Merah
Bawang besar kuning
halia (titik) - jika guna ayam
bawang putih (ketuk)
Serai (titik)
Daun limau purut
pes tom yam
Celery
Cili padi -ketuk (Ira tak letak sebab tak makan pedas)
Tomato biji
Ayam/sotong/udang
perahan limau nipis/cuka (tak guna-masam
tak bagus untuk pesakit kanser usus)
Air, garam secukupnya
Cara:
1. Rebus tomato, serai, daun limau purut,bwg besar putih, bwg putih, halia sehingga air bertukar kemerah-merahan (tomato lembik) @ mendidih. Jika guna ayam masukkan bersama2 bahan di atas. Jika guna sotong/udang masukkan kemudian selepas bhn2 di atas mendidih
2. Masukkan pes tom yam, cili, garam dan jika suka masukkan perahan asam limau nipis/cuka. Biar mendidih seketika.
3. Last, masukkan sayur2an tadi (jangan masak terlalu lama).
Siap untuk dihidang.

Saturday, April 4, 2009

Puding Laici Dangdut

Puding Laici Dangdut...special for my cousin and family. Resepinya Ira dapat melalui blog Ummi.

Menu hari nie




Copy resepi from Ummi blog, Egg Tofu with brokoli...tapi Ira add on shitake dan puding laici dangdut (spt di atas) . Dan jus celery, carrot and green apple with multi vitamins utk kuatkan badan dan paling penting nak fight sel kanser....

Tom Yam Fried Chicken Ala Maria


From Beautiful Cooking...Yummy!!!